..SEMAKAN TAWARAN IPTA 2009..
KUALA LUMPUR: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
yang menanti kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh
membuat semakan mulai hari ini pada jam 12 tengah hari.
Menurut
kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), surat tawaran kemasukan
ke menara gading boleh dicetak sendiri calon, tetapi surat tawaran
rasmi akan dihantar pihak IPTA mulai 4 Mei.
Mulai sesi akademik
2009/2010, semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju
menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau
sebelum 10 Mei ini yang boleh dibuat melalui laman web IPTA.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan
SPM/setaraf adalah pada 28 Jun dan pendaftaran untuk Program Asasi akan
dimaklumkan IPTA melalui surat tawaran.
Dalam pada itu, mulai sesi baru ini, KPT melaksanakan dasar tawaran
terbuka menjadikan calon cemerlang SPM 2008 akan menerima lebih
daripada satu tawaran.
Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan
mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari
bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan diumumkan dan
rayuan perlu dibuat sebelum 15 Mei ini.
Bagaimanapun, keputusan
rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2009 dan sekiranya
calon tidak menerima sebarang tawaran sehingga 31 Julai, rayuan
dianggap gagal.
Untuk sebarang pertanyaan, calon boleh
menghubungi talian nombor 03-88835858/88835848 atau boleh juga layari
laman web upu.mohe.gov.my, www.jpt.utm.my atau ipt.uum.edu.my.
Calon juga boleh menghantar SMS dengan menaip UPU RESULT jarak dan hantar ke 15888.
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/
|